Quantcast
Channel: Kisah Katak Pink
Viewing all 127 articles
Browse latest View live

Esok, 5 & 6 Oct 2013

$
0
0
Banyak benda berlaku esok maklumlar hujung minggu, ada yang nak shopping barang raya haji, tudung raya haji dan culik anak bini orang ajak pi morib jalan - jalan ambil gambaq, bila balik tak tau apa jadah aku amik nie terus delete.

Krik kriiiik, (tiba - tiba cita bab morib jadahnya, itu minggu lepas)

Straight forward je....

Esok sapa yang tak der benda nak buat, teringin nak jadi model hijab, muka terpampang di majalah Lisa atau teringin nak shopping dengan online shop, tapi kemain cerewet takut kain tak best jadah. Ataupun teringin nak tau apa yang aku dok kalut meniaga minggu - minggu. Masih tertanya apa itu pakaian vintage, bundle yang di naik tarafkan.

Sila persiapkan diri, dan jengah kitaorang di RASTA TTDI bermula jam 10 pagi hingga 7 petang. Banyak online shop terlibat. Bagi pembaca KISAH KATAK PINK yang datang dengan password KISAH KATAK PINK, boleh dapat special discount dari TOTAL pembelian.

Pencarian gadis hijab akan diadakan pada hari sabtu 5 Oct sahaja, manakala bazaar akan dibuka hingga Ahad 6 Oct.





Sekian info hari nie. 






Keterbukaan

$
0
0
Semakin maju negara, semakin canggih, semakin melampaui masa dan ruang, semakin terbuka pemikiran kita dalam menerima sesuatu perubahan, adat, ilmu, social yang merangkumi aspek kehidupan. Kecanggihan menyebabkan kita mampu merentasi ruang, berfikir tanpa mengira bangsa dan asal usul.

Kalau dulu, kita digalakkan berfikir seperti mat salleh, kononnya mereka adala super advance, maka ramai lar anak - anak muda melanjutkan pelajaran, berhijrah untuk cuba merasai dan mempelajari adap dan budaya mereka.

Tapi disebabkan kecanggihan, penghijrahan tidak lagi perlu, untuk meluaskan pendangan, setakat nak tahu apa nama muzium, street, dan bahan bacaan meraka. Pergi jer, dekat GOOGLE  semua boleh access dari situ. Apa jer ko nak tau semua ada dekat sana termasuk lar budaya dan social life dorang. Berhijrah adalah lebih kepada merasai sendiri pengalam itu, bukan hanya untuk TAHU.

Kadang - kadang kita kene terima kasih jugak pada yang mencipta internet nie. Bagi aku, dia adalah super brilliant otak buat dari apa tah. Banyak manfaat yang kita dapat dari Internet nie sendiri. Otak kita makin terbuka luas untuk menerima. 


Zaman 80 or 90 an, dapat bergambar dengan mat salleh nie kira paling power lar. Bangga kemain, siap bawak pi sekolah main tayang kat semua kawan- kawan. Aku ada sedara mat salleh ko ado? Ada kelebihan skit serupa jakun tayang, tengok, pamer padahal bagi masyarakat luar tue biasa - biasa jer.

Kalau dulu orang melayu pakai punjabi pasti kene bahan, rambut color merah kene usha semacam, sehingga kan orang albino pun kene panggil mat salleh. Belum lagi, pakai seluar warna merah, kasut merah, lipstik merah. Pikir, balik... apa yang kita cakap pada meraka yang begini?

"Oiiii, merahnya mak ngah.... tak takut kene kejar lembu keeeee? " 

Seluar hijau, seluar kuning memang dipandang jijik satu ketika dulu. Tapi sekarang, sapa tak der candy pant.. not in dalam fashion. lapuk, kuno. tah pa pe lagi. Itu dalam bab fashion.

Belum lagi bab budaya dan pergaulan.

Tapi sekarang, keterbukaan kita, bukan setakat berfikir ke depan seperti mat saleh. Pakai seperti mat salleh, bergambar seperti mat salleh, aksi seperti mat salleh, tunggang botol seperti mat salleh, tapi hampir 90 % nak ikut mat salleh.

Aksi ranjang kalau boleh nak tayang dekat Fb bangga seperti mat saleh. Kisah luar dalam kelambu jadi bahan bualan tanpa tapisan. Budaya malu - malu kucing masyarakat timur  mula lesap, sebab terapkan sangat budaya mat salleh dalam diri. Nak mat salleh sangat padalah, makan nasi sambal belacan, terus speaking jawa. Rupaya bapaknya bernama Mat Salleh.

Terganggu aku, pagi tadi, scroll down feed dekat Fb , dan terbaca salah satu Page info terkenal begitu terbuka mempamerkan video boleh kata 18Sx memang tidak sesuai untuk tontonan umum. Padahal page tersebut adalah page info, berkongsi berita dalam dan luar negara, ada kadangnya di selitkan juga mutiara kata, dan bab insaniah. Kalau nak up berita hot pun, aku rasa tak perlu nak selitkan video telibat sebagai supporting enrty.

Keterbukaan ini lar, yang membimbangkan sesetengah golongan dewasa. Mungkin setengah lagi tak fikir lagi keburukaan. Otak masih ingat seronok, tapi tak sempat nak fikir lebih hadapan, mungkin hanya difocuskan pada membaca yang berumur 18 ke atas. Tapi page sendiri tiada tapisan umur.

Budak kecik tengok, naik horny, nak mencuba, nak merasa. Bila ada kes remaja 12 tahun merogol adik sendiri/kawan sekolah or sapa jer. Ko plak up entry. mak bapak salah, didikan di rumah tak kukuh. Aqidah lemah longlai. Tapi tak nak sebut diri sendiri salah. Kau antara penyumpang. Sedar or tidak.

Kita sering salahkan orang lain, bila berlaku kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan masyarakat masa kini. 

Kalau ada yang mula, kenapa TIDAK KITA YANG AKHIRKANNYA. Stop spread. Buang semua dalam simpanan. Jumpa dalam HP kawan buang, jumpa dalam hp adik buang terus. Dorang tak kan tanya punya. Mana ada orang nak malukan diri sendiri.



Bila nak simpan stock blues pikir balik, kalau - kalau adik, anak kita tengok, dan dorang start bluetooth simpan  untuk simpanan dorang. Apa jadi pada minda dorang. Tak payah pikir jauh lar, tanya diri sendiri apa jadi pada minda korang, bila simpan dan tonton benda tak manfaat macam tue. Otak korang jadi apa?

BIAR KETERBUKAAN KITA ADA BATASAN, TIDAK MELAMPAUI BATASAN.

Sekian.

Crazy Chicken

$
0
0
It's remind me about myself. Lantak lar, kalau orang gelakkan aku bila aku  tak berani hadap langsung binatang kecil ini. Tulis buku biodata darjah 6,  binatang paling ditakuti adalah AYAM.

Sebabnya cuma aku yang rasa. Bukan sekali 2. Tapi berkali. Dah serupa badi.

Asal nampak muka aku, dia mula bersedia, 
Aku bukak langkah, dia bukak kekuda. 
Aku lari seribu, dia lari berbatu. 

Sial betul, sedap agaknya dia nak tokak kaki aku. Padahal tak sedar, kaki dia orang makan hingga menjilat jari.

Bezanya, aku bawak payung pun kene. 
Crazy Chicken





Cuti sekolah (1)

$
0
0
Pejam celik bijik mata cuti sekolah dah pun bermula. Walaupun aku peduli apa bukan aku yang cuti pun.Tapi aku tumpang happy, sebab jalan bakal lengang untuk berapa ketika. Dan pasaraya bakal penuh sentiasa.

Kalau kebiasaannya, Mid valley, BB , Pavillion hanya sarat di hujung minggu kini tak payah tunggu. Mall - mall kecil turut menjadi tumpuan kalau di situ ada bowling dan panggung wayang dah cukup. Karaoke jaambat tak payah kira dah tentunya sesak. Restaurant makanan segera tak perlu gusar pasal tak der sale, kerana bakal cecah target, dan outlet akan meletup tak sempat berkemas.

Makhluk - makhluk kecil bersepah tepi tangga sambil galas bag sendeng, ada yang kepit rokok kongsi ramai - ramai dan borak kosong. Yang dewasa lalu, jelingan serupa dia yang besar. Bagus adik - adik, belajar dari pemerhatian. Cuma please jaga adap, jangan sampai ada mulut yang mengata, ada maruah yang tergadai. Bergaul boleh, jaga maruah jaga bahasa.

Bagus semua happy. Tapi yang tak bestnya. Minggu depan aku kene outstation. Dan hotel dah pun fullbook. Cil betul. Laut tengah gelora lar, kejadahnya semua sebuk book hotel dekat laut. Biar lar jenis - jenis aku yang perlu cari nafkah nie jer dok kat laut. Jadi apa - apa, Insurance CO boleh cover. Walaupun dalam hati ada sedikit getar. Eh KK kene monsun ke? Fail betul geografi.



Highland Tower

$
0
0
Gempar, ramai pulak sekarang berlagak berani konon nak jejak hantu.  Bagi aku, dari jejak hantu baik lar kita jejak benda yang lebih reality dan tidak bermain dengan fantasi.

Ye, aku dah pun menonton filem Highland Tower. Bukan tonton di screen you tube, or dvd cetak rompak. Tapi aku laburkan duit aku untuk pembagunan filem Malaysia, dengan menonton wayang. Tak nafikan keluar dari panggung aku terpaksa cari ice lemon tea dan minyak panas untuk mengelakkan ada yang terbelahak untuk filem kedua. Maraton movie

Mungkin genrenya begitu, tak boleh salahkan pemegang camera dan mutu camera itu sendiri. Salahkan diri sendiri yang tak boleh terima visual sedemikian rupa.

Cerita bagus, untuk mereka yang ada perasaan ingin tahu dan beringat. Memang ada makhluk lain selain dari kita manusia, haiwan dan apa yang kita nampak. Tapi tak bagus bila ia menjadi ikutan. Banyak lar keje pak ustaz lepas nie. Sana sini meracau dan hilang kononya di sorok benda mistik. Padahal lari tido rumah boyfriend. Dan penuh lar video budak - budak cari hantu bakal muncul di media massa, mengatasi video putus cinta.

Terima kasihlar kepada Mikael Andre, kerana dialah aku mula google apa sebenarnya terjadi pada Highland Tower. Yang aku tau, apartment runtuh, banyak nyawa terkorban, punca adalah aliran air dalam  tanah. Selebihnya....krik .. krik..

Finally aku jumpa video bersiri nie. Bagi aku ia lebih seram dari Highland Tower jejak hantu tue. Kerana ini adalah kejadian benar, suara alam, bila kita mula tidak endahkanya. Boleh jadi pada kita bila - bila jer, bila kita mula alpa dengan pembagunan.



Selebihnya cari sendiri. 

Sekian. 




Jemputan. KLVF3

$
0
0
Untuk pembaca blog, sila sebut jer nama blog. 
Insha Allah dapat disc. 

Cari booth: 
US FAMINNILE. 
Landmark: Yang jual accessories button vintage. 




Cucur jagung perisa Klorok

$
0
0
Kebiasaan bagi hidup membujang adalah, aktiviti memasak bergantung ada kehendak tekak dan faktor kerajinan.

Aku adalah penggemar cucur. Orang kedah panggil cucuq. Aku tak suka cucuk udang.. selebihnya adalah kegemaran. Terutama cuqkodoq dan coqkembung. Memandangkan hidup di bandar yang kekonon pesat nie. Susah beno nak cari pisang yang sesuai buat coqkodoq dan kelapa parut yang segar. Jadi aku decide buat coq jagung pun pastinya menawan.

Sawan rajin tiba - tiba datang pada hari yang sama sepatutnya aku buka booth dekat KLVF hari tue. Maka berjaga lar aku dari jam 530 am untuk menyediakan tepung, sagat jagung  dan aksi menggoreng. Kekonan nanti boleh lar makan ketika bosan meniaga dan boleh share dengan jiran sebelah menyebelah.

Dah namanya bakal di share, memang tak masyuk lar kalau takat buat sekali or 2 kali round menggoreng. Pastinya 5 kali supaya semua boleh pakat kenyang, bersama.

Siap adunan mentah biasa aku calit skit nak rasa.."Uik asal rasa pelik sangat adunan nie" Aku ingat perasaan aku jer. Kot dah lama sangat tak beraksi pakai tepung. Nak kata tepung buruk aku baru beli semalam. Pertimbangan kuality  pastinya 100% elok.

Masuk round kedua menggoreng, aku curi 1 dari dah siap masak tadi. "rasanya memang tak berapa masyuk"Tak mungkin aku tiba - tiba bodoh nak buat cucur. Mana boleh salah resepi, sedangkan aku memang pro bab cucuq - cucuq nie.

Tak pe, tambah gula lagi 2 sudu, tambah tepung skit. Mungkin cair sangat.

Bila along bangun dengan bangga nya aku bagi dia rasa. Awal lagi dah warning ada rasa pelik dekat cucuq nie. Baru 1 gigit terus dia cakap, apasal rasa kloroq."Mana ada aku pakai klorok bancuh cucuq" 

Damn, memang tepat lar khabar angin mengatakan ada tepung gandunm dorang letak klorok. Tak  payah cita banyak, terus humban semua masuk tong sampah. Padahal berita tue macam dah lama kan ? 

Penat aku bangun awal, konon nak practice jadi housewife bangun pepagi.  Keluar rumah jam 730 am. Terus shoot gerai nasi lemak depan rumah. Memang tak der rezeki jiran - jiran merasa coqjagung aku.

Sekian.

#brand yang aku beli cap WAU

Part Time atau Kerjaya

$
0
0
Alhamdulillah. 

Sekarang aku confius, adakah aku seorang QS or seorang pembuat accessories. Atau kedua - duanya. 

Buat masa sekarang aku hanya ikut arah angin. Biar dia yang tentukannya. 













Rembesan adrenalin

$
0
0
Perangai aku, adalah aku suka up entry tentang isu semasa. Bukan isu semasa yang sedang gembur dalam tv or media. "Tipu, ada sentuh jugak terutama bab nak menyentap"

Tapi sebenarnya lebih kepada isu semasa dalam news feed FB aku sendiri. Walaupun pada hakikatnya aku jenis silent dalam  laman social. Sebenarnya otak aku ligat proses apa yang korang post. Nak border lebih - lebih memang tak kuasa. Cukup takat baca.

Pagi tadi aku terbaca status member aku yang kononya bising tentang isu saman AES , trafiik dan JPJnya. Tiba - tiba dalam bab berbalas comment aku terbaca bab maki - maki kerajaan bab makan duit haram dan sebagainya. Juga  disentuh bab harga barang naik.

Saman nak kene bayar, harga barang naik, tol naik, cukai naik last - last makan pasir. Ok aku highlight skit SAMAN. 

Kita flashback skit beberapa bulan lepas. Waktu bulan nak raya. Bukan main bangga lagi, up gambar meter naik sampai 200km/j sampai Padang Besaq kurang dari 3 jam dari KL. Tiba - tiba sekarang ko bising pasal amount saman tak logik nak kene bayar. Memang aku tak "get it".

Kalau jenis nak laju tapi tak nak kene saman aku rasa better join F1 jer. Itu pun kalau layak.  Kalau nak laju, merbahayakan orang lain, anak bini dok dalam keta tue, nyawa serupa layang - layang ko memang penting diri. Pentingkan rembesan adrenaline sendiri, untuk kepuasan. Tak jauh beza dengan perogol yang gila seks. (Pentingkan diri untuk kepuasan)

Itu belum masuk lagi, saman, kerana tinted gelap dan kereta tak ikut spec. Semua katanya untuk kepuasan dan minat lelaki.

Selebihnya biarlar korang simpulkan sendiri. Aku memang suka taip benda tergantung.

Komen untuk pendapat. Terutama kaum lelaki. 
Aku teringin nak tau KENAPA. 




Sepi

$
0
0
Hari - hari bukak blog..
hanya setakat bukak,
baca apa yang patut dan tutup.
Kadang biar sampai ke petang shutdown sama dengan pc.

balik rumah jangan harap nak mengadap.
penat sangat pun tak jugak. Mungkin ini panggilan malas.

Biar dia sepi sementara.
Tak der apa yang untuk dicerita.
Kerana hidup aku masih sama.

1 azam dah pun terlaksana,
nanti aku cerita itu pun bergantung pada masa.

Selamat Tahun Baru, kalau masih boleh wish.
Kalau tak, cukup setakat bersapa.

Liz

ESOK

$
0
0
SEMALAM aku  DELETE

HARI  NIE aku  EDIT 

ESOK  aku  PUBLISH 

-Liz- 



28 Feb 2014 : Update

$
0
0
Dah berapa hari suara aku serak. Orang kata sebab cuaca, tapi aku cakap sebab habuk dan aircond. Saja nak perangat officemate yang suka sangat control aircond. Kalau  melampau sejuk ok jugak kot, at least ada jugak ventilation dalam office nie. Ini tidak, dah serupa sama panas dengan luar. Baik ko angkat kerusi meje letak luar. Biar orang nak ber -aircond nie dok dalam.

Aku pun bukan spesis tahan sejuk pun, tapi agak - agak lar nak berpanas pun. 30 apa rasa. Dah lar batuk tak menahan, memang berkokok je lar kalau badan membahang. Padam muka, pasang telinga lar ko dengar aku berkokok sebab panas.

Suara tak payah cakap. jerit sampai terkeluar anak rengkong pun belum tentu orang dengar suara aku. Azab bila nak bercaka,p kene keluar nafas dari perut. Letih mencungap bila orang ajak berdebat dengan condition sekarang.

Deal dengan supplier pun 1 hal jugak. Wa tau lar suara wa seksi, tak  payah lar ko berdehem pat ratus kali. Wa yang sakit rengkong pun tak melampau macam tue.

Seksa jiwa raga dah lar, berat badan makin naik, ada orang cakap wa dah nampak sikit shape berbanding dulu macam papan plywood. Tapi wa tetap cakap.. "OMG.. WA GEMUK.. " Maklum lar belum biasa lagi dengan angka  5 didepan. Last jejak 5 pun 5 tahun lepas.

Itu saja update. Tengah nak heat up balik blog.



BERITA

$
0
0
Bila ada berita hangat panas dan semasa, ramai ingin meluarkan kata - kata.
Ada yang keji mula mengata dan ada yang pandai mula nak bercerita.
Pokoknya semua sama, untuk menggembar - gemburkan cerita,
dan kejar hit berita semasa.

Biar pihak berkuasa jalankan kerja jangan sebuk nak mencerca.
Jangan juga pandai - pandai reka cerita.

Apapun marilah kita berdoa,
buka sekadar #doa mahupun perkataan DOA yang dikongsi bersama,
Tapi tadahlah tangan hulurkan pada yang ESA
adulah padanya.

Kerana kita insan tak berdaya,
Sesungguhnya semua kuasa dia.







Kisah

$
0
0
Duit adalah benda terpenting masa kini (tak payah nak ceramah sangat duit bukan segala - galanya, ini tak berkaitan) . Walaupun hanyalah sehelai kertas bercetak tapi nilainya merubah seseorang kepada sifat yang berbeza. Juga mampu mempengarui seseorang kepada sifat tamak dan melakukan apa saja deminya, termasuklah menipu, menggadai maruah keluarga dan masyarakat. Dan ada juga mengambil kesempatan demi duit.

Ada beberapa kisah yang suka untuk aku kongsi tentang duit dan penipuan. Berlaku keliling aku, dan orang yang aku kenal. 

Kisah 1: 
Ini adalah kisah yang aku rasa masih baru di negara kita. Berlaku pada pekerja Bangla dekat tempat kerja aku nie. Belum berlaku pun sebenarnya, tapi baru mendapat tawaran je pun. 

Kalau korang rajin berborak dengan bang - bang-la nie. Macam - macam cerita korang tau tentang budaya dorang di negara asal. Contahnya, dorang masih mengamalkan perkahwinan yang dicari oleh family, ada sesetengah dah pun kahwin dari kecik dan telah di aturkan keluarga. 

Bila  umur dah jejak 20 ke atas jika masih solo, maka family akan ribut untuk nikahkan ko dengan anak jiran lar, anak kawan jiran kepada mertua lar , dan  macam - macam lagi, asal ada anak dara yang sepadan. Umur bukan halangan bagi untuk memilih anak dara asalkan dah cukup baligh. Ada kadang tue, tungging langgang family jadinya, Pak Cik kawen anak sedara, dan sebagainya. 

Si lelaki desperate lain pulak ceritanya. Macam nak mati esok kalau tak dapat kawen. Like mesti - mau kawen jugak, tak kisah lar siapa. Padahal bila dah kawen, tak sampai sebulan tinggalkan bini dan balik Malaysia kerja. Lagi 2 tahun baru balik kampung tiba - tiba dah ada anak. 

Lebih kurang ceritanya dengan sorang worker aku nie. Mak pak dia sebuk carikan bini, tapi taste dia tak boleh blah nak orang melayu jugak dijadikan bini. Tapi boleh aku kata, dia nie agak sopan jugak lar, bukan jenis bang-bang-la yang gatal miang tue yang yang penting, kalau dari site masuk office, baunya tak der lar sampai 1 office kene tahan nafas. Agak ok lar disitu. Cuma lodakkan nak bernikah tue boleh tahan jugak lar gatainya, sampai suruh aku carikan perempuan melayu bagi dia kenal. 

Ko gila, tak kan aku nak musnahkan life budak perempuan tue untuk kahwinkan dengan bang - bangla. Walaupun aku tau dia baik. Cukup takat baik memang tak lar, banyak lagi aspek yang perlu diberi perhatian. (ala korang pun paham kan) Ko ingat Malaysia serupa negara dia kot. Memang aku tak layan. 

1 hari  tiba - tiba dia buka cerita yang ada sorang pak cik melayu nie tawarkan dia kawin dengan anak pak cik nie. Tah mana dia kenal pak cik nie pun aku tak pasti, katanya dekat Puchong tesco sana. 

Tapi dengan syarat. Budak perempuan tue masih muda dan tengah belajar. Si Shohorab (nama Bangla tersebut)  kene tanggung budak tue belajar dan kos sara hidup dia. Bila dah cukup umur baru boleh kawen. 

Tak habis dia cerita, aku dah sebuk. "Then u ada bagi dia duit dah ke? " Fuh nasib baik belum bagi. Pandai jugak otak si Shohorab nie, dia cakap tengah pikir dulu. Aku terus bidas "Dah tak payah pikir, jangan bagi apa - apa duit dekat dia, itu terang - terang mau tipu lu""Kalau lu kaya sangat, mari bagi duit lu pada saya, boleh saya pergi shopping hahaha" 

" Ini Malaysia tak macam Bangladesh, sini tak der orang jual anak  mau bagi kawen itu macam. Kalau adapun lu sudah kene tipu."

Mungkin ini cara untuk menipu foreigner. Yang tak bestnya dilakukan oleh orang kita, melayu kita, atas nama kahwinkan anak untuk duit, atau nama kasarnya jual anak. Padahal aku percaya, anak tue langsung tak wujud. Semata - mata untuk mendapat kepentingan peribadi iaitu DUIT. Kemudian lari. 

Tertanya jugak berapa ramai dah kene kene tipu macam nie. Confirm -  confirm tak ada siapa pun yang mampu buat report polis kerana takut. Shohorab adalah  Padi (Pendatang Asing Dengan Izin) boleh lar dia buat report bagai. Kalau terjadi pada PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) Memang senyap je lar, dan paling teruk adalah dendam and what nexts pikir sendiri. 

Terutama bagi mereka yang juga ada agenda sendiri untuk kawen dengan orang Malaysia, iaitu Kerakyatan. 

Sila bermain api, kalau berani ambil risiko bakar diri. 

Kisah Seterusnya sambung bila - bila senang. 
Pasal kisah biasa orang Malaysia, si tamak haloba yang tenggelam dengan  labu - labunya





Emosi

$
0
0
Suka, Duka, Sedih, Nangis, Benci, Marah, Sakit, Menyampah, Gelak, Senyum, Sakit, Perit, 
Penat, Terharu, Bangga, Cinta, Mengantuk, Lemah, Takut, Bersalah, Teruja, 
Terkejut, Malu, Bosan, Keliru, Risau, Nakal, Curiga, Kecewa, 
...................................................
......................................
..................


Jawab

$
0
0
Ada orang tanya. BILA LAGI? 

Aku jawab : TAHUN DEPAN

Tanpa tahu apa maksudnya. 


Spekulasi

$
0
0
Aku suka berita sensasi, macam MH370. Baru nampak rupanya orang Malaysia nie sangat bijak  dan penuh imiginasi.

Ada yang boleh come out hingga 100 point kenapa, bagaimana, siapa, dengan apa, dan segala persoalan. Jika semua persoalan sudah dijawab kenapa masih bingung kita berpikir. Adakah ini kesan sel - sel otak berhubung kerana terlalu banyak sangat menonton filem action, penyiasatan dan permianan video.



Ada juga hingga imiginasi itu membawa kepada perbuatan. Buah kelapa, gayung, pendayung, dan teropong ajaib. Mungkin kerana terlalu berfikir. 

Pernah tak terjadi pada korang, rakan sekelas or teman sekolah. Tiba - tiba bertindak diluar jangkaan. Macam kisah sorang classmate aku waktu form 3 dulu. 

Aku tak tau mana nak mula. Yang aku boleh kata. 1 pagi, dia lewat ke sekolah, terus pergi pejabat dan cakap dekat kerani tue, dia dah lambat untuk menduduki PMR. Sedangkan PMR lebih kurang 3 bulan lagi. 

Kerani tue, suruh dia duduk dulu di meja yang ada computer di depannya. Sementara cari mana - mana guru boleh bantu member aku tue. Waktu cikgu sampai, nampak dia seperti menaip sesuatu pada keyboard computer sedangkan komputer tersebut langsung tak di switch on. 

Bila cikgu tanya apa dia buat, terus dia jawab dia dah kesuntukkan masa, tengah jawab PMR. Cikgu terus speechless takut mengganggu  emosi dia, lalu dibiarkan saja, dengan pengawasan. Bila dah behenti tangan dia menaip, cikgu tanya lagi. Dah habis dah ke? 

Dia jawab dah dan terasa macam penat. Kebetulan pejabat terletak betul2 depan surau. Jadi cikgu suruh dia masuk dalam surau dan berehat. 

Bila cikgu jenguk apa dia buat dalam surau, rupanya dia dia tengah solat. Bila dah selesai beri salam cikgu tanya lagi. Tadi solat apa? Dia jawab solat Zuhur. Sedangkan jam baru pukul  10 pagi. 

Dengan tak pikir banyak cikgu terus call parents dia dan seterusnya, aku dah lupa apa jadi dekat dia. Yang aku ingat Girlfriend dia terus mintak clash. 

Tahun yang sama, classmate akak aku, tiba- tiba cakap sorang- sorang pasal fizik depan information board dan gelak- gelak. Tau - tau, dah tak datang sekolah lepas tue. 

Ada orang cakap sebab dorang terlalu risau dan banyak berfikir. 

Aku tak tau apa kaitan cerita aku nie dengan keyboard warrior yang bijak merumus kes MH307.

Yang aku tau, kalau kita tidak berkenaan tak payah menyebuk serabutkan otak pikir teori dan  praktical berkenaan kejadian ini. Tak payah asal boleh sangkut je fakta. Biar mereka yang ariff menjalankan tugas. Yang kita boleh bantu adalah DOA dan KURANGKAN SPEKULASI untuk elak percanggahan maklumat. 

Jangan asal orang up teori, kita pun nak up teori jugak. Tak membantu pun kalau pegang HIT banyak - banyak sebab nak kejar KEYWORD. 

Memilih

$
0
0
Sedih bila kejadian menimpa - nimpa negara. Tak habis lagi cerita MH370, dan buka lagi cerita FMFA yang beberapa remaja mati akibat terlebih dos. Benda dah jadi tak perlu nak tuding jari mana - mana pihak, ambil tindakan sewajarnya. Kita tengok tahun depan apa jadi.

Aku sedih bila tengok adik - adik kita nie tak mampu memilih dengan waras. Bukan tak biasa muda, sekarang pun kira muda lagi umur aku. Tapi dasar berfikir baik dan buruk adalah datang dari diri sendiri. Sendiri yang pilih jalan mana yang harus di pilih bukan kawan yang buat tolong buat keputusan.

Bukan dasar blogger nak cerita good - good tentang diri sendiri. Tapi ada kadang - kadang kita harus kongsi pengalaman sendiri untuk dijadikan ikhtibar orang lain.

Zaman study aku memang tak der warna warninya. Life aku cuma kolej dan partime work. Yang lain ellek. Dekat kolej pun aku tak berapa ramai kawan sebab aku tak der masa untuk hang out dan lepak - lepak dengan dorang.

Nak kawan dengan budak nerd sangat pun tak boleh, sebab masa dorang study aku mesti kene pergi kerja. Masa aku adalah tengah malam saja untuk buat assignment dan lepas kelas. jadi aku berkawan dengan yang tak  berapa nerd sebab senang untuk aku study dan buat assigment. Masa dorang pun ngam dengan aku. Lagipun aku lebih selesa dengan otak gila dorang, tak banyak pressure.

Bila hari tak kerja baru ada sikit ruang untuk bersenang dengan kawan - kawan. Siapa yang pernah study kolej mesti tahu macam mana ragam pelajarnya. Kebanyakkan datang dari golongan berada dan senang. Life dorang kadang - kadang macam drama swasta. Benda haram, semua adalah halal kononnya masih muda dan ingin merasa.

Dalam kelas, ada yang tiba - tiba mula ketawa seorang diri adalah perkara biasa. Bukan sebab terlalu beremosi atau berfikir, tapi itulah akibat dari -nya.

Disebabkan perangai aku  jenis tak kisah benda semua nie, jadi kawan- kawan berani bercerita about Dia depan aku. Pernah beberapa kali teman dorang pekena dekat rumah member. Aku rasa masa tue, kalau kene rush, dah tentu dengan aku - aku sekali kene angkut.

Hinggakan tokan mana zaman tue pun aku kenal. Ala bukan budak luar pun, budak kolej yang drop sem jugak. 2 tahun lepas new year boleh plak aku terserempak dengan dia. Siap belanja minum lagi tanda hormat kawan - kawan. Kira kawan  lar kan, orang yang kita kenal. Dia pun dah stop. 

Bukan tak pernah terima pelawaan, tapi aku sendiri tolak dengan baik. Tujuan aku cukup takat aku kenal dan tahu, dan tidak langsung ada keinginan untuk mencuba.



Pendirian aku utuh, hingga sekarang aku masih rasa benda yang sama. Untuk apa aku mencuba, bila dia langsung tidak ada makna. Takat untuk melepaskan tension, aku rasa tak perlu itu semua bukan settle pun masalah kerana ia masih sama.

Begitu jugak pelawaan untuk ke kelab malam dan sebagaimana. Apa yang aku respek kawan- kawan aku ketika itu adalah tidak memaksa aku untuk mencuba, mahupun mengejak kerana pendirian aku. Walaupun begitu mereka tidak lokek untuk berkongsi apa yang mereka rasa bila mencuba sesuatu yang baru tentang pill. Jadi pengetahuan aku tentang itu adalah datang dari mereka.

Bukan tidak pernah menghalang. Ada kadang mereka seolah malu - malu depan aku. Mungkin sifat tak kisah aku, mendatangkan malu pada mereka. Hingga lama-kelamaan sorang demi makin kurang melibatkan diri. Bukan sebab aku, tapi sebab masing - masing makin matang.

Semester terakhir di kolej telah menampakkan berbezaan besar berbanding sem pertama dan ke2,  bersama mereka. Masing - masing nampak lebih serious dan kelibat berkhayal, cakap sorang - sorang dan moody dalam kelas tiba - tiba hilang.

Result masing - masing pun dah bertambah baik. Memang janji kitaorang dulu, nak grad sama - sama jangan ada yang repeat. Walaupun pada hakikatnya, sebelum bersama dah berapa kali repeat.

After study masing - masing bawa diri. Sekali sekala dengar berita, ada yang dah pun berjaya punya syarikat sendiri. Kalau pikir balik sapa mereka dulu, masih tak percaya. Semua terletak pada diri macam mana nak merasa.

Mungkin itu naluri muda, sejauh mana kita mampu kawal diri.

Tapi aku masih tak faham, yang waktu muda tak merasa, bila dah tua baru terhegeh - hegeh baru nak kenan sini sana. Tolong kupaskan. Adakah itu salah satu kejutan budaya?  

Sekian.








Kita Malaysian

$
0
0
Bila orang luar cakap buruk tentang keluarga kita,
kita bangkit kerana kita lebih kenal keluarga kita,

Bila orang luar cakap buruk tentang NEGARA kita,
kita bangkit mempertahankan-nya,
kerana cuma KITA TAHU SIAPA KITA.

Kita adalah  MALAYSIA.
Pemegang IC berwarna biru,
lahir dalam sebuah negara Islam,
Yang mengamalkan kebebasan beragama,
Pelbagai bangsa dan warna.

Kita hidup aman,
Tak pernah telagah,
Politik adalah perkara biasa,
Bila masing - masing punya pendapat berbeza.

Tapi kita masih mampu duduk semeja,
Roti canai, teh tarik, buat kita bahagia,
Antara benda yang SATU-kan kita.

Orang luar tak kenal kita,
Depa cakap apa saja,
Mula cari salah kita,
Cerita buruk - buruk tentang kita.

Kita tahu siapa kita,

Sekarang mari  kita bersuara,
CERITAKAN pada dunia siapa kita,
Hentikan segala propa,
Naikkan status, dan hebahkan pada dunia,
TENTANG KITA.
BETAPA HEBATNYA KITA,


#LoveMalaysia









Maklumat Peribadi

$
0
0
Sejauh mana keselamatan maklumat peribadi kita di bank, daftar wifi, card credit dan lain - lain terjamin?

Jawapan aku adalah mustahil. Terutama card credit dan daftar free wifi dari mana - mana cafe yang kene register maklumat peribadi.


Pendaftaran wifi percuma
Free wifi sapa jer tak nak kan, lebih - lebih lagi kalau data phone adalah limited, tinggal hujung - hujung nak habis ataupun memang tak langsung langgan data untuk internet, tapi guna smartphone. Memang seronok dapat pakai benda percuma. Proses registrer memang susah skit, nak masukkan itu ini, no tel phone bagai. Bagi yang lurus bendul, segala adalah tulus. Main bagi jer, tanpa reti temberang.

Akibatnya adalah, tak sampai seminggu terima call dari pelbagai agent, jual insuran, promote barang, dan sebagainya. Jual insuran lar, yang paling kerap sekali. Asal salah cakap skit nanti terus terdebit dari account kau. Maklumat bank tak payah cakap lar. Memang dorang tau ko ada account dari bank mana.

Ini pernah terjadi pada aku, tak pasal selama setahun, setiap bulan potong RM20++ untuk insuran excident. Ok tak pe lar, memang malang tak berbau. Tamat setahun dia call lagi, aku cakap aku tak nak dah. Dah ada medical card dah cukup. Ayat dia memujuk memang cair, ada kalanya emosi kau yang akan bengang. Solusinya adalah, cakap jer buzy or maaf saya tak berminat.

Aku rasa ramai  ada experience nie.

Card Credit
Daftar credit card pun 1 hal jugak. Bulan pertama waktu kau belum pakai mungkin senyap skit phone kau. Bila kala kau mula start swipe card, bertalu - talu lar call di terima kalah businessman. TAWARAN PERCUTIAN berjumlah Rm5000, VOUCHER PERCUTIAN selama setahun, INSURAN PERIBADI untuk pemegang card visa master, dan sebagainya. Alih - alih di akhir perbualan dia akan cakap bill bulan depan kita akan charge RM450 untuk voucher nie.

Aku memang berhati - hati  isu card credit  nie, hutangnya bukan boleh buat main. Pakai ikut mampu. Ada baiknya dengar sampai habis penjelasannya sebelum bagi apa - apa maklumat tentang card dibocorkan, terutama 3 digit di belakang card. Tak perlu nak excited sangat, tak der benda semuanya percuma. 

Di awal perbualan dia akan cakap tahniah kerana mendaftar dengan Visa or Master Card. Memperkenalkan diri dari bank yang didaftarkan card korang atau dari Visa/Master Card Malaysia. Tahniah sekali lagi dan kerana pendaftaran anda itu, anda berhak menerima voucher percutian bernilai RMXXX dan minta alamat untuk diposkan voucher tersebut.

Ada kalanya mereka terus saja tanya ke mana voucher ini akan dihantarkan adakah ke alamat , lalu di bacakan alamat kita. (maklumat kita memang ada bersama). Meminta comfirmation card no... Yang buat kita terpedaya adalah, bila dia jugak tahu card no kita. Lalu diterangkan kelebihan voucher ini, dan apa yang kita boleh dapat dan sebagainya.

Pernah jugak terkene, promoter tersebut terus tanyakan no digit di belakang card tanpa menerangkan, jumlah amount yang akan didebitkan kedalam account kita.

Aku dah terima lebih dari 20 panggilan yang lebih kurang sama, semua datangnya sebaik saja pertama kali swipe card, yang aku sendiri daftar hujung tahun lepas untuk kegunaan peribadi dan emergency.

Sekarang memang dah pandai, dengar jer panggilan dari mana - mana promoter, terus aku cakap "Sorry I'm buzy" atau pun terus tanya berkenaan apa. "Selagi kau cakap kau buzy, selagi tue, hari - hari kendiannya, dia akan cuba call sampai boleh dia cerita sepenuhnya."

Pernah sekali aku tanya berkenaan apa yer. Lalu di jawab"Support seruan kerajaan Cuti - Cuti Malaysia"Memang terbahak aku dalam tue jugak.

Terus aku jawab"owh pasal voucher maaf saya tak berminat, dan saya tak suka bercuti" 

Persolan aku sekarang, sejauh mana keselamatan maklumat peribadi kita di bank dan sebagainya. Untuk wifi percuma tu aku faham mungkin sebab dorang mengambil keuntungan daripada memberi services percuma kepada kau.

Tapi untuk maklumat card pula bagaimana? Padan lar, orang Malaysia antara yang paling ramai menanggung hutang card credit. Begini rupanya kesempatan yang diambil.

Sekian.






Viewing all 127 articles
Browse latest View live